Saturday, 7 April 2012

Bunting

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Mak benci adik?

anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh !~

English Translate

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu”is one, “dua”is two,”tiga”is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi mengungkit hasrat untuk berkahwin lagi..

Cantik Rambut

Irma : wah, cantik rambut , saloon ke ?
Yana : a'ah , cantik kan ?
Irma : cantik sangat , berapa kau buat ?
Yana : hehe RM 120 je
Irma : baik kau beli tudung , lagi murah lagi cantik

Angin oh! Angin

Seorang pemuda telah ditahan oleh seorang polis trafik semasa satu roadblock..

Pegawai:Tolong berhenti,encik.Encik tau tak apa kesalahan encik?
Pemuda:Apa pulak kesalahan saya,tuan?
Pegawai:Saya menyaman encik kerana kesalahan tidak menghidupkan lampu motosikal encik.
Pemuda:Kenapa pulak saya mesti hidupkan,tuan? Jalan raya ni terang-benderang,sini lampu,sana lampu,situ pun ada lampu..
Pegawai:Ooh,loyar buruk dgan saya yer,jap eyk..(menuju ke arah tayar motosikal)
Pemuda:(terperanjat)Tuan!!! Naper tuan pancitkan tayar motor saya tu??Hilanglah anginnya,tuan!
Pegawai:Laaa,naper encik takut? Kan angin ada di mana2,sini angin,sana angin,situ pun angin!
Pemuda:*#!?!@$#

Lalat

Sekeluarga lalat sedang menikmati hidangan makan malam (tahi) . Tiba2 anak lalat bertanya sesuatu kepada ayahnya...

Anak Lalat : Abah , kenapa hari2 kita asyik makan taik je ?

Bapak Lalat : Shhhhh.... tak elok cakap benda kotor masa tengah makan...

Uji Mental

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka 
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa 
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan 
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Perkataan berlawan

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan kead...aan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
...Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Anak murid Ustaz

Dalam Kelas... mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2...

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..

MURID2 : Orait ustaz!

Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum... lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah...

MURID2 : Betul ustaz...kami baca..

USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... mana ada ayat 287..
harini kita akan belajar tajuk baru... dosa-dosa menipu ...

MURID2 : alamak... kantoi kita..

Bagus!!

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Kisah di dalam bas

Seorang pemuda dan nenek tua duduk bersebelahan di dalam sebuah bas. Si nenek sedang mengurut2 kepalanya.
Pemuda: kenapa, nek? Pening ye?
Nenek: entahlah cu, rse mcm nak muntah. Oh, ya cu! Bole nenek tgok muka cucu sebentar?
Pemuda: kenapa nk tgok, nek?
Nenek: biar cepat sikit muntahnya keluar.

Ubat

ADA SORANG PKCIK NIE ..DIA BATUK TERUK .. PADA SUATU HRI , DIA PERGI KT RESTORN SMBIL MEMBAWA UBAT ..

PKCIK : waiter !! mee goreng 1 ..

waiter : baik pkcik ..

sesudah selesai mkn ... pkcik itu pown mengmbil 2 sudu dn menyimpnya ke dlm poket .. waiter itu melihat prkara itu lalu brkata ...

waiter : pkcik nie pencuri !!

pkcik : knape ?

waiter : knapa pkcik amik sudu tdi ??! ingt sye x nmpk kew ?

pkcik : tngok kt ubt nie .. dia tulis 'AMBIL 2 SUDU SELPAS MKAN '

waiter #$@!!#

Monyet vs Kura2

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura…

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura…

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu… tetapi bukan lembu…

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah…. GAMBAR LEMBU… Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu…. Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah…. apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan….. Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata “Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan page nie sehari semalam pon tak boleh abis… dah nyet gi buat kerja yer nyet !!”

Ipoh!..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Aku Punya!

Mail (bukan nama sebenar) seorang pesara kerajaan.. telah kematian bini bercadang nak kawin baru (duit pencen banyak).. masalah nyer satu jew... pucuk nyer x naik dah.... satu hari mail mendapat berita tentang rawatan untuk pucuknyer.... jadi dia bersiap2 untuk menerima rawatan nyer di jepun... maka berangkatlah mail nie kesana..... sampai di hospital jepun:

mail: doctor saya nak kembalikan kelakian saya nie boleh ker??
doc: tentu skali... tapi terpaksa di potong untuk digantikan dengan yg lain... anda pilih saya pasangkan...
(mail pun memilih puncuk barunye.. ternyata dia telah berkenan dgn yg satu nie... kira besor juga lah)
mail: sy nak yg nie doctor...!!
doc: baiklah....kami usahakan..
(akhirnya pembedahan menukar pucuknyer yg baru berjaya dan dgn bangga nya... mail pulang ker malaysia.. dengan hasil yg memuaskan dia mempromot kepada kawan nyer zali (bkn nama sebenar)tentang perkara itu.... akhirnya zali pun mengikut jejak langkah mail... kembalinya zali di malaysia dia bertemu dgn mail...

zali: aku nak tanya kamu.. kenapa aku punya x naik2... kalau dulu aku punya naik lah jugak sikit walau pun kena jentik dulu.. nie xmau langsung kenapa???
mail: ishhh kamu nie...aku punya elok jew.... xder masalah pun.. cuba kamu call balik doctor yg merawat kamu... tanyakan kepadanya tentang hal ini...
(zali pun menalifon lah hospital tersebut... dgn tidak di jangka kebetulan jepun kena tsunami... hospital kompom tutup... mail pun merasa bersalah kepada zali...)
zali: cuba kamu buka seluar kamu aku nak tengok betul ker naik...
mail: (sambil buka seluar dia) nah kamu x percaya kan aku.... amacam??? cuba kamu plak buka seluar kamu biar aku tengok takut2 ada apa2 yg x kena..
zali: nah ko tengok nie.....
mail: hahahahahahaha.... patut lah x naik2.... yg ko amik aku punyer tu pasal aper...... hahahahahha.....

Thursday, 5 April 2012

Tunggu kelahiran anak

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… 

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” 
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya. 

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”