Tuesday, 31 July 2012

Periksa Kaki

Seorang anak melihat/memeriksa tapak kaki ayahnya yang sedang membaca surat khabar..

Ayah: Eh apa kamu buat ni?
Anak: Cikgu cakap Syurga di bawah telapak kaki ibu...
Ayah: Habis tu?
Anak: Neraka mesti di bawah telapak kaki ayah kan?
Ayah: sblom kaki neraka ni hinggap kt muke ko.baek ko belah!

Cerita Sosej

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung
beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia
yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.
So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej
tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej
aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Meninggal

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makantengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri,keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terusus... lalu dia punmenyapa kawannya itu...
Asri: Eh..yusof... Kenapa ko ni...nampaksedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita laaku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.
Perlahan Yusof memandang...lalu mengeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya

Yusof: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalkan aku wang sebanyak RM10,000...
Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye...
Yusof: Bulan Jun yang lepas pulak...ayah aku pulak meninggal...dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000...
Air mata Yusof mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..
Asri:Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat...patutla kobegini rupa...byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat...
Yusof: Bln lepas pulak...Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000...
Lalu yusof mula meraung ...kaget seketika Asri di buat nya...Yusof diam seketika dan menyambung cerita nya...
Yusof: Sekarang...takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaaaaaaaaaaaaaa...

Saturday, 28 July 2012

Teruknya Anak!

Cerita bermula pada satu pagi yang damai lagi mendamaikan..Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg tak bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

“hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby… tak sabar nk tunggu sayang”

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..
”Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!”
Ibu seakan-akan tak percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

“ko nak ke mana malam ni?”

“kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat”

“lalu apa maksud sms ni?”
si ayah membentak.

“lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nk tunggu sms penting?”
jawab anaknya selamba.

si ayah lari… Ibu pulak mengejar dgn penyapu…

Tak Tahan

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

Berapa harga cincin ini?

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

Kehilangan Burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..

Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung? "Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain.. "maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung? "Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi dia cuba bertanya "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi... "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya...........

Saksi bengap!!

Nak dijadikan cerita di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.
Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi : Kenal tuan.
Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi : Itu gambar, tuan.
Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!
Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.
Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi : Baru kejap tadi tuan.
Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?
Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)
Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG TERBUNUH TU LAHHHHH!!!!

Babai, mak!!

Suatu petang disebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang takberkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadituh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaankecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!! !!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....

Mandi Lumpur

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Tuesday, 24 July 2012

Beruang, Singa dan Babi

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara kegerunan."

Babi kata: "Wa La Weh.... Aku bersin skali aje, satu dunia panik beb!!"

Beruang & Singa : Babi kau!!

Calon Suami Mithali

Girl: Awak merokok?

Boy: Tak...

Girl: Minum?

Boy: Tak...

Girl: Ada kereta?

Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...

Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?

Boy: Bukit Antarabangsa...

Girl: Wah mesti mahal...

Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...

Girl: Dah pernah pegi haji?

Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..

Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?

Boy: Pengarah syarikat..

Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?

Boy: Tipu orang...

Nak Pergi Mana?

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

Situasi nak Terkentut Dalam Kereta

Sebelum kahwin..
Girl: Sayang..kenapa kerut-kerut muka tuu?? 
Boy: Nak terkentut..heee.. Dalam kereta kan..karang berbau pulak..
Girl: Alahh..xpela syg..i terima u seadanya..i tak kisah laa..
Boy: ♥ ♥ ♥

Selepas kahwin..
Girl: Kenapa berkerut-kerut muka tuu??
Boy: Nak terkentut la sayang..
Girl: Berhenti tepi sekarang!!
Boy: Kenapa?
Girl: Karang terlepas pulak dalam kereta ni.. Keracunan udara pulak anak kita nii.. Tadi kat lua tak nak membuang segala yang ada!! Ish u nii!!!
Boy: Huu... ;-(

Perayat awek

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....
Awek : Apa dia?
Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?
Awek : Ish, tak tau lah, I give up.
Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....
Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)
Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?
Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu
Jejaka : Ok
Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap
Jejaka : Emm, tak tau lah.
Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

Kisah membeli santan

Mak : Lesen ! tolong beli santan !!
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !

Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !
Gila: Ok , mak !

-Dalam perjalanan , Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook .
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu .
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Nama saya memang Gila .

Posmen

Seorang posmen telah datang ke rumah Sameon untuk menghantar surat .

Posmen : ” Assalamualaikum “
Sameon : ” Walaikumsalam “
Posmen : ” Ni rumah encik Sameon ye?
Sameon : ” Ya saya”
Posmen : ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
Sameon : ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Selamatkan Diri

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut. Penumpang pertama berkata... " Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun. Penumpang kedua pula berkata... " Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun. Penumpang ketiga muncul... " Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang. Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. Katanya : " Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu. Lalu budak tersebut pun berkata... " Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya ".

Isteri Curang

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation , dan kebetulan yang
menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak?
Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu
tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang.
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam
renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Suami dingin

seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'. 

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut. 

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!' 

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.

Beli barang

Amin: Saya nak ke kedai ada apa2 nak dkirim?
Rina: Ada, tapi barang ni kena bisik dlu..
Amin: Aikk?? nak beli barang pon kna bisik ka?
Rina: Ye.. Barang ni kena bisik dlu baru boleh beli...
Amin: Barang apa? bisik la..
Rina: (sambil membisik) YUSOF TAIYOB

Kisah Puasa

Abu: Minah, awak puasa tak hari ni?
Minah: ehh..! mestilah puasa..
Abu: Kenapa awak puasa?
Minah: Bodohnya awak.. kan Allah suruh puasa saya puasa la..
Abu: Kenapa tak tutup aurat?
Minah: Eh.. suka hati saya lah hak masing-masing
Abu: Bodohnya awak.. kan Allah suruh tutup aurat, awak tutup la aurat...
Minah: Errr.. Errr..

Periksa diri

Kahar pergi ke klinik untuk memeriksa keadaan dirinya.
Doktor: saya tak dapat lagi nak sahihkan penyakit awak. sebaiknya awak hentikan dulu hubungan intim awak dengan isteri buat sementara waktu.
Kahar: itu perkara kecil je doc.. tapi...
Doktor: tapi apa??
Kahar : bagaimana kalau dengan bukan isteri???

Cabut Gigi

“Suatu pagi… seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.

Waktu si doktor mahu menyuntik… lelaki tadi berkata..”Doktor… tolong jangan suntik, saya takut!”.

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk
diminum agar rasa takutnya berkurang.

Lalu si doktor berkata… “Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?”.

Lelaki menjawab… “Iya.. sekarang saya merasa lebih berani… Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya…”