Sunday, 5 August 2012

Jam Bercakap

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."


"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Pandai Macam Lembu

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih.Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh?kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ...


ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU

Tazkirah

Pada malam jumaat si suami memberi tazkirah kepada si isteri sebelum menunaikan kewajiban sebagai lelaki....Menurut Ulama, kalo kita berhubungan intim 1x pd malam Jumaat ( mengikuti sunnah rasul ), bererti kita telah membunuh 40 setan.

Isteri : Macam tu bang, Kalau main 2x bang??
Suami : Bererti kita membunuh 80 Setan
Isteri : Kalo 3x bang ???
Suami : 120 setan
Isteri : Kalo 4x bang ???
Suami : 160 setan
Isteri : 7x bang ???
Suami : tu kau nak BUNUH AKU..SETAN!!!